28 November 2008

PROMOSI KELAS KOMPUTER DI BENGKEL JAHITAN MANIK

Pada 26 November 2008 (Rabu) telah diadakan Bengkel Jahitan Manik anjuran KEMAS Cawangan Tanjong Karang bertempat di Balai JKKK Seri Tiram Jaya dari jam 2.00 petang dan tamat pada jam 4.30 petang.



Memandangkan ini peluang terbaik untuk bertemu para wanita Kampung Seri Tiram Jaya, saya tidak melepaskan peluang untuk beramah-mesra di samping itu turut mempromosikan kelas komputer anjuran Pusat Perkhidmatan dan Ilmu Komuniti (PPIK).



Bermula dengan memperkenalkan diri, saya meminta kebenaran untuk mengambil gambar di samping itu sempat menemuramah beberapa orang yang terpenting bagi menjayakan bengkel ini (laporan lanjut sila layari http://kgseritiramjaya.blogspot.com/). Rata-rata wanita yang mengikuti bengkel ini peramah serta mudah bekerjasama dalam mendengar penerangan yang diberikan oleh saya berkenaan kelas komputer serta kepentingan internet.



Hasil penerangan saya tempoh hari, kini saya telah menerima beberapa pendaftaran nama untuk kelas komputer yang bakal bermula pada bulan hadapan. Malah kesempatan yang ada, turut diambil peluang oleh para ibu untuk mendaftarkan nama anak-anak yang kini sedang bercuti. Peluang yang ada ini amat disyukuri selain daripada perkhidmatan yang percuma malah turut mengisi ruang masa anak-anak daripada terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah.



Ketika ini, bangunan PPIK Seri Tiram Jaya masih belum beroperasi walaupun sudah siap dibina dalam 2 minggu yang lalu atas masalah teknikal serta bekalan elektrik yang belum ada. Atas kesedaran akan kepentingan penyebaran ilmu ICT kepada komuniti, saya akan memperuntukkan 1 jam 30 minit untuk 1 sesi dimana dalam seminggu terdapat 6 sesi dengan modul yang berbeza. Dalam 1 minggu, kemungkinan besar saya akan mengajar seramai 8 hingga 10 orang dimana maksimum bagi 6 sesi ialah 2 orang (penggunaan laptop). Sementara tempat untuk belajar pula, rata-ratanya adalah di rumah pelajar tersebut (keutamaan untuk para ibu). Manakala untuk para belia, lebih mudah diadakan di Perpustakaan Desa Seri Tiram Jaya.

13 November 2008

YANG MANA SATU PILIHAN HATI?....

Dulu bangunan PPIK Seri Tiram Jaya telah pun siap tapi tidak sesuai dikatakan bangunan tempat pembelajaran ICT. Sebaliknya sekali imbas dari luar, rata-rata penduduk mengatakan ianya kelihatan seperti 'Bilik Stor'. Tambahan pula, bekalan elektrik tidak disediakan walaupun pendawaian elektrik telah siap di pasang.

Inilah dia gambar Bangunan PPIK Seri Tiram Jaya...


Namun alhamdulillah, pihak Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi serta Maxis sebulat suara untuk memperbaharui Bangunan PPIK setelah meneliti keluasan (keselesaan) serta kemudahan yang terdapat pada bangunan lama tidak memenuhi pelan yang ditetapkan.

Atas keprihatinan tersebut, Bangunan PPIK yang baru telah dibangunkan dan mengikut keperluan yang ditetapkan.


Inilah bentuk bangunan PPIK yang baru. Selesakan?, InsyaAllah... Semoga PPIK Seri Tiram Jaya terus maju dan berdaya saing sejajar dengan visi dan misi PPIK 'Merapatkan Jurang Digital'

TAHUKAH ANDA?...

Penerangan Logo Pusat Perkhidmatan dan Ilmu Komuniti (PPIK) :

Butang Talian (Power On Button) melambangkan sumber maklumat dan pengetahuan yang berterusan, hidup dan berarus setiap masa.


Warna hitam butang talian melambangkan keteguhan, kekuatan dan komitmen dalam merealisasikan usaha-usaha merapatkan jurang digital.

Grafik seperti lintasan jambatan berwarna oren melambangkan akses, penghubung dan penjalin komunikasi yang menyeberangi jurang digital dalam destinasi menjadikan Malaysia sebuah negara maju berteraskan masyarakat berpengetahuan seperti yang telah diterapkan dalam Wawasan 2020.


Warna oren jambatan melambangkan semangat baru, aktif dan pantas.

11 November 2008

Mesyuarat Jawatankuasa (PPIK) Seri Tiram Jaya

Mesyuarat Jawatankuasa (PPIK) Seri Tiram Jaya telah diadakan pada 5 November 2008 (Rabu) bertempat di Balai JKKK Seri Tiram Jaya, Kampung Seri Tiram Jaya, 45500 Tanjong Karang, Selangor pada jam 9 malam. Hasil mesyuarat tersebut, majlis bersetuju dan sebulat suara untuk membuat lantikan baru serta mengekalkan beberapa ahli jawatankuasa sebelum ini yang telah memberikan komitmen terhadap PPIK. Malahan majlis turut menubuhkan Kumpulan Asas Kelab PPIK yang terdiri daripada Connector (Penghubung), Maven (Jurulatih) dan Salesman (Jurujual).

Senarai Ahli Jawatankuasa (PPIK) Seri Tiram Jaya lantikan November 2008 :


  1. Penaung : Tuan Haji Wagiman bin Idris
  2. Penasihat : Encik Mohd. Yunus bin Mat Jeraie
  3. Pengerusi : Encik Mohd. Adnan bin Othman
  4. Naib Pengerusi : Encik Zainuddin bin Katiman
  5. Setiausaha 1/Bendahari : Puan Lizawati binti Johari
  6. Setiausaha 2 : Kekosongan
  7. AJK (Biro Warga Emas) : Encik Yasin bin Sariman
  8. AJK (Biro Wanita) : Puan Shamsidah binti Selamat
  9. AJK (Biro Wanita Muda) : Puan Salasiah binti Solikin
  10. AJK (Biro Belia) : Encik Mohd. Fizal bin Mohd. Sidin
  11. AJK (Zon Timur) : Encik Ajmain bin Mat Yassar
  12. AJK (Zon Selatan) : Encik Mohd. Farid bin Hassan
  13. AJK (Zon Tengah) : Cik Siti Asninora binti Mohamed Rosty
  14. AJK (Zon Barat) : Kekosongan
  15. AJK (Zon Utara) : Cik Siti Rozaila binti Jemain
  16. AJK (Biro Usahawan) : Puan Hajah Salimah binti Darhan
  17. AJK (Biro Sekolah Rendah) : Encik Nasaruddin bin Sha'arani
  18. AJK (Biro Sekolah Menengah) : Encik Ahmadi bin Marwi

Senarai Kumpulan Asas Kelab (PPIK) Seri Tiram Jaya :

Connector (Penghubung) :

  • Tuan Haji Wagiman bin Idris (Ketua Kampung JKKKP Seri Tiram Jaya)
  • Encik Mohd. Jani bin Rasimon (Ketua Penyelia PEP,Setiausaha JKKKP Seri Tiram Jaya, Nazir Masjid)

Maven (Jurulatih) :

  • Encik Nasaruddin bin Sha'arani (Guru)
  • Cik Siti Rozaila binti Jemain (Tenaga Pengajar di Pusat Komputer Sektor Swasta)

Salesman (Jurujual) :

  • Puan Zurainah binti Kasmiran (Ketua Wanita Umno, AJK JKKKP, AJK PIBG)
  • Puan Hajah Siti Suridah binti Kamar (AJK JKKKP, AJK PIBG)
  • Encik Mokhtar bin Tasman ( Guru, Pengerusi Belia)
  • Encik Mohd. Hussin bin Kasmiran (Penceramah Bebas)
  • Cik Siti Asninora binti Mohamed Rosty (Pembantu Perpustakaan)
OBJEKTIF :Senarai Bertitik Tumpu Khas
  • Menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian internet di kawasan luar bandar, pinggir bandar dan pendalaman.

  • Menyediakan latihan dan kemahiran ICT kepada masyarakat di kawasan luar bandar, pinggir bandar dan pendalaman (Celik IT)

  • Melahirkan komuniti yang kreatif dan inovatif

  • Meningkatkan mutu hidup penduduk luar bandar

  • Penyampaian maklumat dengan pantas

MATLAMAT DASAR :

  • Menjadikan Malaysia sebagai pusat dan tumpuan utama dunia bagi perkhidmatan komunikasi dan multimedia (Wawasan 2020)

  • Menggalakkan pewujudan masyarakat di mana perkhidmatan berdasarkan maklumat sebagai asas pembangunan kualiti hidup yang berterusan.

  • Mencambahkan dan memupuk sumber maklumat dan perlambangan budaya tempatan

  • Menggalakkan tahap keyakinan pengguna yang tinggi dalam penyampaian perkhidmatan daripada industri ini.

09 September 2008

Pengenalan PPIK


PPIK (Pusat Perkhidmatan dan Ilmu Komuniti)

merupakan salah satu lagi telecenter yang mempunyai
objektif untuk membantu komuniti setempat.


Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang, Selangor

merupakan salah sebuah tempat yang terpilih
bagi merealisaikan projek ini.