13 November 2008

YANG MANA SATU PILIHAN HATI?....

Dulu bangunan PPIK Seri Tiram Jaya telah pun siap tapi tidak sesuai dikatakan bangunan tempat pembelajaran ICT. Sebaliknya sekali imbas dari luar, rata-rata penduduk mengatakan ianya kelihatan seperti 'Bilik Stor'. Tambahan pula, bekalan elektrik tidak disediakan walaupun pendawaian elektrik telah siap di pasang.

Inilah dia gambar Bangunan PPIK Seri Tiram Jaya...


Namun alhamdulillah, pihak Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi serta Maxis sebulat suara untuk memperbaharui Bangunan PPIK setelah meneliti keluasan (keselesaan) serta kemudahan yang terdapat pada bangunan lama tidak memenuhi pelan yang ditetapkan.

Atas keprihatinan tersebut, Bangunan PPIK yang baru telah dibangunkan dan mengikut keperluan yang ditetapkan.


Inilah bentuk bangunan PPIK yang baru. Selesakan?, InsyaAllah... Semoga PPIK Seri Tiram Jaya terus maju dan berdaya saing sejajar dengan visi dan misi PPIK 'Merapatkan Jurang Digital'

1 ulasan:

ZaCkG fRiDzHa berkata...

saya masih tertanya-tanya...apa sebenarnya tujuan penubuhan bangunan ppik di kampung seri tiram jaya? maksud saya apakah khidmat yang disediakan?